• Home  / 
  • Author's archive:
About the author

Wan Yusof Wan Jeffery

0 Shares

Content Speaker vs Process Speaker

By Wan Yusof Wan Jeffery

Ada dua jenis speaker. Satu content speaker. Satu lagi process speaker. Content speaker ini banyak input. Setiap patah yang keluar ada nilai ilmu yang tinggi. Usai dengar, kita penat. Banyak informasi yang diberi. Process speaker sedikit berbeza. Satu poin boleh ambil masa 1 jam untuk dijelaskan. Cakapnya sedikit perlahan. Dalam 80-100 patah perkataan. Masyarakat Malaysia […]

0 Shares

Perkara Pertama Sebelum Desain Slide

By Wan Yusof Wan Jeffery

Apabila mahu design slide, fikirkan poin utama dahulu. Lihat apakah mesej penting bagi setiap slide. Buang antah berantah. Buang deskripsi yang tak perlu. Bina flow slide. Jadikan slide seperti drama TV3. Ada pembukaan, ada konflik, ada klimaks, ada penutup. Apabila fakta dibungkus dengan cerita, manusia mudah mengingatnya. #zenslides 4/100

0 Shares

Makhluk Perosak Powerpoint

By Wan Yusof Wan Jeffery

Ada serangga pelik. Namanya MPP. Makhluk perosak powerpoint. Makhluk ini suka hinggap pada slide. Kononnya nak cantikkan slide. Namun tak berlaku. Makin haru biru. MPP ini elemen tambahan. Bunga, logo, bentuk, imej dan macam-macam lagi yang tak ada kena mengena. #zenslides 3/100

0 Shares

Latar Belakang

By Wan Yusof Wan Jeffery

Dalam mereka slide, elak cipta latar belakang warna warni. Latar sebegini senang dipengaruhi oleh faktor sekeliling. Kesannya, warna tak jadi sebagaimana yang kita mahu. Sebagai contoh, warna slide merah jambu. Apabila dipancarkan, jadi warna merah. Boleh berlaku dan kerap kali berlaku. #zenslides 2/100

0 Shares

Death By Powerpoint

By Wan Yusof Wan Jeffery

Apabila guna powerpoint cara salah, audien cepat lena. Audien ini ada satu sifat. Mereka tak suka kebiasaan. Kebiasaan buatkan mereka bosan. Lalu mula terbang. Ada main telefon. Ada bercakap dengan kawan. Paling parah ada yang terkorban. Dari perspektif presentation, terkorban merujuk kepada tidur. Juga disebut sebagai Death by powerpoint. #zenslides 1/100

Page 2 of 4