Bercakap Sepatah-Sepatah

Apabila berucap, usah lorat. Ucap sepatah-sepatah. Perhatikan pemberita baca berita. Mereka tak memecut dengan laju. Nanti audiens mengamuk.

Umpama kereta yang dipandu laju. Bahaya. Begitu juga percakapan yang laju, merosakkan.

Speaker dari latar belakang sains cenderung bercakap pantas. Kelompok ini ada banyak informasi. Mahu keluarkan semua. Cuma, audiens tak mampu hadam semua. Nasi sepinggan tak dimakan sekaligus. Suap satu-satu.

About the author

Wan Yusof Wan Jeffery

Click here to add a comment

Leave a comment: